Cart 0

10 CARA TERBAIK MERANGSANG OTAK SI MANJA ANDA

10 CARA TERBAIK MERANGSANG OTAK SI MANJA ANDA

CARA TERBAIK MERANGSANG OTAK SI MANJA ANDA

Bagi pasangan suami dan isteri, memiliki anak sememangnya satu anugerah yang tidak terhingga. Bukan sahaja menjadi pelengkap keluarga, si manja anda juga menjadi penyatu dan penyeri keluarga anda yang sedang berkembang.

Ditambah pula si manja anda cerdik dan juga pintar. Sememangnya membanggakan para ibu dan bapa. Namun, ramai yang menyangkakan bahawa kepintaran anak itu diwarisi dari ibu dan bapanya, tapi perkara itu tidak terbukti secara jelas. Bayi yang baru lahir, mempunyai berjuta-juta sel yang masih berhubung dan dengan ransangan yang betul, tidak mustahil anak anda mampu menjadi seorang yang pintar dan bijak.

Tapi, apakah cara dan tindakan yang boleh diambil untuk memastikan otak si manja dapat berkembang dengan optimum?

Antara yang kita boleh lakukan ketika anak di dalam kandungan bagi merangsang otaknya adalah mengambil diet serta nutrisi yang baik dan berkhasiat. Komunikasi juga menurut sesetengah kajian akan merangsangnya. Ketika anak sudah dilahirkan, teruslah berkomunikasi dengan anak. Banyakkan sentuhan dan pelukan. Ini semua membantu merangsang otaknya dengan baik.

Untuk nutrisi yang baik dan berkhasiat, Fawwaz Baby Food ada menyediakan lebih 40 jenis makanan yang sihat lagi berkhasiat yang sesuai untuk bayi mengikut lapisan umur.

Maklumat lanjut boleh diperoleh di Laman Facebook Fawwaz Baby Food seperti di bawah.

Laman Facebook Fawwaz Little Kitchen

INS80733.JPG

Dibawah disertakan tips yang boleh diambil oleh para ibu dan bapa untuk meransang otak si manja anda.

  1.  Melakukan urutan secara santai kepada bayi untuk merangsang perkembangan sel otaknya.
  2. Senaman ringan seperti menggerakkan tangan dan kakinya dan lakukan ketika anda mengajak anak anda bermain.
  3. Walaupun anak tidak pun memahami apa yang dikatakan oleh ibu atau bapanya, selalu lah berbicara dengan si manja anda.  Ia dapat membantu anak anda untuk belajar memahami apa yang anda ingin sampaikan disamping membantu anak anda mengetahui cara dan pola percakapan ibu bapanya.
  4. Menggunakan gaya percakapan dan intonasi tertentu kepada anak anda akan membantu merangsang minda si manja anda.
  5. Pengenalan muzik yang lembut dan yang elok dapat memberikan suasana merangsang buat bayi. Alunan muzik seperti ayat-ayat Al-Qur’an serta nasyid-nasyid, antara contoh muzik yang boleh digunakan.
  6. Mulakan pembelajaran ringan yang santai dengan menunjukkannya gambar-gambar yang mempunyai kaitan dengan kehidupannya.
  7. Setiap 30 minit, ubahlah kedudukannya sesekali supaya dia boleh melihat dan belajar dari keadaan sekelilingnya. Jika tidak mampu, boleh berbuat untuk 2-3 jam sekali.
  8. Bawalah bayi anda keluar dari rumah untuk melihat keindahan alam dan juga persekitarannya.
  9. Selalu memeluk dan menyentuh bayi anda adalah antara rangsangan yang terbaik untuk perkembangan bayi anda.
  10. Bayi anda suka bermain, jadi ibu dan bapa haruslah selalu bermain bersama simanja anda. Ini akan membuat bayi anda gembira dan anda juga akan gembira.


Apa-apa pun, tips diatas hanyalah langkah dan cara yang boleh diambil untuk memastikan anak anda mampu berkembang dengan baik baik fizikal dan juga mental. Ia tidaklah menjanjikan si manja anda menjadi bijak dan genius seperti para ilmuwan, namun dapat membantu si manja anda mendapat bantuan yang untuk perkembangan dirinya.

Simanja anda adalah tanggungjawab ibu dan bapa dan anda lebih mengenali anak anda baik fizikal dan juga mental.


Sumber rujukan :

https://bidanku.com/10-tips-untuk-merangsang-otak-bayi

https://siraplimau.com/cara-merangsang-otak-bayi/



Older post Newer post