Cart 0

BAYI ANDA SUDAH SEMBUH DARI EKZEMA? 5 PERKARA PERLU BUAT UNTUK ELAK EKZEMA KEMBALI

BAYI ANDA SUDAH SEMBUH DARI EKZEMA? 5 PERKARA PERLU BUAT UNTUK ELAK EKZEMA KEMBALI

Foto kredit : http://www.bengkungmoden.com

Ekzema pada bayi anda sememangnya meresahkan si manja dan juga anda. Apatah lagi apabila si manja sudah sembuh dari ekzema, tapi serangan datang semua. Menurut Dr Suriyakatun Osman, ada 5 perkara yang perlu dielak untuk mengelakkan ekzema dari menyerang kembali.

Menurutnya lagi, faktor utama kenapa ekzema kembali adalah kerana pemakanan yang tidak dijaga dengan baik. 

5 PUNCA SERANGAN KEMBALI EKZEMA

1) RAWAT SEMBELIT DENGAN SEGERA

Untuk si manja anda yang mengalami sembelit, sila rawat dengan segera. Sekiranya tidak buang air besar selama 2 hari, ambil langkah di bawah ini untuk lawaskan :

  • Lebihkan sayur, buat air asam jawa, ambil Psyllium Husk
  • Tingkatkan prebiotic
  • Ambil probiotic dan minum magnesium oil

Pilih langkah ini, dan tidak buat semuanya.


image-11.jpg

Foto kredit : diarinutrisi.com

2) ELAK MAKAN LAUK YANG TIDAK SEGAR

Jangan makan lauk yang tidak segar, ayam organic, jika dibiarkan diluar peti sejuk lama sebelum bekukan atau dimasuk keluar ‘freezer’ adalah tidak segar.

Proses nyahbeku perlu dilakukan di dalam peti ais, dan bukan diluar peti ais. Potong porsi yang untuk dimasak dan apabila sudah dinyahbekukan, jangan bekukan kembali. 

Makanan di restoran, baik yang mahal atau yang biasa, banyak menghidangkan ayam atau udang yang tidak segar.

Paha-Ayam-Organik-Berkah-Chicken.jpg

Foto kredit : http://www.tukutukunatural.com

3) MAKAN TERLALU BANYAK LAUK SEKALIGUS

Jangan makan banyak lauk pada sesuatu masa seperti di BBQ, kerana ini akan mengundang reaksi allergi sekiranya anda mempunyai alahan dan juga histamine intolerant.


anak-makan-banyak-0-8051f8354722f1aea416e34df6824eb4.jpg

Foto kredit : www.popmama.com

4) ROTATION DIET

 Gunakan sistem rotation diet untuk jadual pemakanan si manja anda. Anda perlu mengubah menu makanan untuk si manja anda, dengan tidak memberi makanan yang sama pada setiap hari. 

Gunakan sistem 4-days-rule untuk rotation diet si manja anda. Contohnya, menu hari isnin adalah ayam, dan menu ayam seterusnya adalah pada hari Jumaat.


6049_belajar-makan-sendiri-dengan-finger-food.jpg


5) MAKANAN TINGGI HISTAMIN 

Ibu dan bapa perlu awas makanan yang tinggi dengan histamin dan juga elakkan makan makanan yang berbagai jenis pada suatu masa. Contohnya adalah sambal belacan berserta ikan kembung, serta sambal terung, dan disudahi dengan pisang dan salad yang ada tomato.

Makanan seperti ikan kembung, belacan, terung, tomato, dan pisang adalah makanan yang tinggi dengan histamine dan makan semuanya pada satu masa boleh mencetuskan episode flare dan boleh mengundang kembali ekzema yang telah pulih. 


Sumber rujukan : 

Dato. Dr Suriyakatun





Older post Newer post